Monday, April 26, 2010

Kursus Kepimpinan Pelajar 2010

 KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR
SMK DERMA KANGAR, PERLIS
( PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS ASRAMA, MPP,
KETUA TINGKATAN DAN PRS)

1. PENDAHULUAN


Kursus kepimpinan ini adalah merupakan satu krusus pendedahan asas kepimpinan. Pengawas sekolah pengawas asrama, MPP, ketua tingkatan dan PRS merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membantu dalam pengurusan disiplin pelajar serta kebajikan pelajar. Kursus ini perlu diadakan untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman di samping mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan berkesan dan bertanggung jawab.



2. OBJEKTIF

Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas perlu diberi latihan kepimpinan supaya mereka:

2.1. mahir berkomunikasi dengan berkesan;

2.2. mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pemimpin

2.3. mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah.

2.4. Meningkatkan keyakinan serta jati diri pelajar sebagai pemimpin



3. MATLAMAT

Selepas kursus nanti, pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam membentuk seorang pemimpin yang berketrampilan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bertanggungjawab.

4. KUMPULAN SASARAN

Semua pengawas sekolah , pengawas asrama, ketua tingkatan, Majlis Perwakilan Relajar, ahli PRS dan ahli Briged Siber


5. TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

2 – 4 April 2010


6. TEMPAT

Pusat Kokurikulum, Timah Tasoh, Perlis


7. KAEDAH PELAKSANAAN

7.1. Ceramah Motivasi

7.2. Latihan dalam kumpulan

7.3. Aice Breaking ( pembentukan kumpulan )

7.4. Pembentangan Hasil kerja

7.5. Riadah

7.6. Kuliah SUbuh / magrib

7.7. Malam kebudayaan

7.8. Pembentukan disiplin

7.9. Pertandingan kumpulan

7.10. Mini Explorace

7.11. Akujanji

8. PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pengawas untuk membantu meningkatkan lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment