Monday, April 26, 2010

KARNIVAL KOKURIKULUM 2010

KARNIVAL KOKURIKULUM
SMK DERMA 2010



PENDAHULUAN

Program ini dirangka dan dijalankan oleh Jawatankuasa Majlis Kokurikulum bagi meningkatkan kreativiti pelajar, pendedahan mengenai persekitaran dan dalam masa yang sama mempunyai motivasi dalaman yang tinggi. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan perlaksanaannya menjurus ke arah meningkatkan kreativiti dan ketahanan diri di kalangan pelajar.


OBJEKTIF

Pelajar-pelajar dipilih menghadiri aktiviti Hari Kokurikulum supaya mereka:

- dapat meningkatkan kemahiran dan daya tahan dari segi mental, fizikal dan jasmani

- dapat memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum

- meningkatkan keyakinan dan menunjukkan kreativiti dalam menyuarakan pandangan

- dapat meningkatkan keyakinan serta jati diri sebagai salah seorang anggota masyarakat


MATLAMAT

Selepas kursus nanti, pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan dapat meningkatkan komitmen terhadap Persatuan/Kelab dan pasukan beruniform yang disertai di sekolah. Dalam masa yang sama, memantapkan proses pembentukan sahsiah dan peribadi pelajar dalam menghadapi cabaran globalisasi.


KUMPULAN SASARAN

140 pelajar yang merupakan wakil dari semua Badan Beruniform. Kelab/Persatuan dan sukan/permainan.


TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

23 – 25 April 2010


TEMPAT

Kawasan SMK Derma

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis


KAEDAH PELAKSANAAN

Perkhemahan






Night Journey




 Wall Climbing


  Pertolongan Cemas



Camp fire/Spell It Right (SIR)





 Kuliah maghrib

 Sukaneka / permainan tradisional

Bowling Padang

 Masakan tanpa api

Campfire

Kraftangan bahan terbuang

PENUTUP


Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam semua peserta untuk membantu meningkatkan lagi keberkesanan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.




No comments:

Post a Comment