Thursday, March 4, 2010

Perkhemahan Orientasi Pasukan Kadet Polis SMK Derma

LAPORAN PERKHEMAHAN ORIENTASI PASUKAN KADET POLIS SMK DERMA

1. PENDAHULUAN
1.1. Perkhemahan orientasi peringkat sekolah ini adalah perkhemahan yang dikelolakan oleh badan beruniform Kadet Polis Wanita Sekolah Menengah Kebangsaan Derma.

2. OBJEKTIF

2.1. Menyemai perasaan perpaduan yang kukuh dalam kalangan ahli- ahli kadet supaya dapat menyumbang sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

2.2. Melahirkan generasi yang berdisiplin, berdikari, bersikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran dan mempuyai keyakinan diri yang tinggi.

2.3. Memberi pendedahan kepada anggota kadet mengenai bidang kepolisian seperti memberi seni mempertahankan diri dan bidang persenjataan di samping dapat menambahkan pengetahuan.

2.4. Meningkatkan persefahaman antara ahli-ahli kadet sendiri.

3. TARIKH DAN TEMPAT PERKHEMAHAN

3.1. Perkhemahan ini  bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis.

4. TARIKH DAN TEMPAT PENDAFTARAN

Tarikh : 12 Februari 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Di hadapan Blok B SMK Derma

5. PENYERTAAN DAN SASARAN

5.1. Peserta : 43 orang ahli
5.2. Guru : Pn. Fadzilah bt. Fadzil
                : Pn. Noorhazita bt. Abdul Rahman
5.3. Jurulatih : Sarjan Abd. Razak
                    : Lans Koperal Rohana

6. MAJLIS PENUTUP

Tarikh : 14 Februari 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Syed Mahmood SMK Derma
Tetamu Kehormat : Pn. Nor Shahida bt. Abdullah (PK Kokurikulum)

7. PENGINAPAN

7.1. Khemah (disewa dari SK Guar Jentik sebanyak 11 buah)

8.0 AKTIVITI
 
12/2/2010 JUMAAT

3.00 – 3.30 pm Pendaftaran dan taklimat ringkas
3.30 – 4.00 pm Team building
4.00 – 5.00 pm Camp building
5.00 – 5.30 pm Latihan kawad, Minum petang
5.30 – 6.00 pm Solat asar
6.00 – 6.30 pm Dinner
6.30 – 7.30 pm Mandi dan urus diri
7.30 – 9.00 pm Solat maghrib, Bacaan yassin, Solat isyak
9.00 – 11.00 pm Ice breaking
11.00 – 11.15 pm Supper
11.15 – 12.15 am Muhasabah diri, Tidur

13/2/2010 SABTU

1.00 – 5.00 am Sentry
5.00 – 7.00 am Mandi, Solat subuh dan Kuliah subuh
7.00 – 7.30 am Sanaman pagi
7.30 – 8.00 am Breakfast
8.00 – 10.00 am Treasure Hunt
10.00 – 10.30 am Minum pagi
10.30 – 11.30 am Ceramah senjata
11.30 – 12.30 pm Latihan kawad
12.30 – 1.00 pm Lunch
1.00 – 2.00 pm Urus diri, Solat zuhur
2.00 – 4.00 pm Latihan RPA
4.00 – 5.30 pm Sukaneka
5.30 – 6.30 pm Urus diri, Solat asar
6.30 -7.30 pm Dinner
7.30 – 9.00 pm Solat maghrib, Bacaan yassin, Solat isyak
9.00 – 10.00 pm Games
10.00 -11.30 pm Latihan kawad
11.30 – 12.00 am Supper, Tidur

14/2/2010

AHAD 4.30 – 5.30 am Sesi burung hantu
5.30 – 7.00 am Urus diri, Mandi, Solat subuh
7.00 – 7.30 am Runtuh khemah
7.30 – 8.00 am Breakfast
8.00 – 9.00 am Latihan kawad
9.00 – 11.00 am Pertandingan kawad
11.00 – 11.30 am Minum pagi
11.30 – 12.30 am Majlis penutup dan Penyampaian hadiah
Bersurai

9.0 PENUTUP

Kesuluruhan aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada semua pihak. Semoga perkhemahan orientasi seperti dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama, sumbangan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih.

Wednesday, March 3, 2010

Lawatan Kelab Kaunseling - Langkawi

Gambar-gambar sekitar lawatan Kelab Kaunseling SMK Derma ke Langkawi pada 29-30 Jan 2010.