Saturday, August 7, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Derma bagi tahun 2010 telah diadakan pada 2 dan 3 Ogos yang lalu. Bertempat di Dewan Syed Mahmood yang masih lagi teguh berdiri, majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan perasmiannya pada 3 Ogos 2010 oleh YB Tuan Japferi bin Othman. Beliau adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Jemputan khas mula tiba di perkarangan sekolah seawal jam 8.30 pagi. Tuan Pengarah Pelajaran Perlis turut sama memeriahkan majlis tahunan ini. Tepat jam 9.00 pagi, ketibaan YB Tuan Japferi menandakan bermulanya majlis yang telah berminggu-minggu membuatkan seluruh warga Derma sibuk. Acara dimulakan dengan penerimaan tabik hormat oleh PKBM kemudian disusuli oleh persembahan kawad formasi oleh Kadet Polis Wanita. Majlis telah berlangsung dengan lancar dan tetamu-tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai persembahan oleh pelajar-pelajar SMK Derma sendiri. Walaupun begitu hampir dengan Percubaan PMR dan juga SPM, semua guru dan pelajar SMK Derma telah menunjukkan komitmen yang amat hebat dan patut diberi pujian dalam menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Terima kasih dan tahniah untuk semua!

Oleh:
azaleaizha

Wednesday, July 7, 2010

KEM BAHAS BAHASA INGGERIS 2010

LATAR BELAKANG DAN RASIONAL

Bahas ala parlimen adalah salah satu aktiviti yang semakin menjadi kebiasaan di sekolah-sekolah dalam usaha untuk membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris. Ia adalah sejenis bahas yang mempunyai polisi berfokus. Dalam menyediakan pelajar-pelajar bagi menghadapi pertandingan bahas yang pasti menjanjikan satu persaingan yang sengit, kem bahas adalah peluang yang boleh dimanfaatkan. Kem bahas ini bakal memberi input yang akan digunakan dalam setiap peringkat yang penting dalam penyediaan pasukan menghadapi pertandingan bahas.

OBJEKTIF
  • Menggalakkan perkembangan kemahiran berkomunikasi secara lisan di kalangan pelajar.
  • Mempromosikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mendebatkan isu-isu penting.
  • Menyediakan pelajar ke arah menjadi pemimpin Negara yang berani berhujah.
  • Menyediakan pelajar dalam menghadapi pertandingan bahas.

SENARAI JAWATANKUASA


    Pengerusi : Puan Norshahida Abdullah
    Naib Pengerusi : Puan Saidatul Nur Yusuf
    Setiausaha : Puan Noorazalia Izha Haron
    Penginapan : Encik Saiful Munir Bidin
    Makanan & Minuman : Puan Noorazalia Izha Haron
    Alatulis : Puan Saniah Abdul Rani
    Kawalan pelajar : Puan Nor Mazura Dollah
    Pemilihan peserta : Puan Noorhazita Abdul Rahim
    Hadiah & Sijil : Puan Ismariza Ismail

SENARAI PENCERAMAH
  • Encik Hasrul Abdul Radzak (SMS Tuanku Syed Putra)
  • Encik Abdul Wahab Sulaiman (SMK Kuala Perlis)
  • Cik Farhani Suhimi (SMK Dato’ Jaafar Hassan)
  • Auzan Syaidi binti Abd. Latiff
SENARAI NAMA PESERTA
  • Marissa Gross binti Halim
  • Wan Nur Solehah binti Wan Abdullah Zubir
  • Alis Suraya binti Shaharim
  • Nurul Nadhirah binti Asri
  • Foo Sher Maine
  • Tan Jia Ern Chris
  • Aina Sofia binti Shaharim
  • Nor Nadja Risya binti Rohizat
  • Salsabila binti Nazari
  • Mohd Yasser bin Zubaidi
  • Muhammad Ameer Syazwan bin Afizar
  • Manroshan Singh Bhatt
  • Lee Ze Chen
  • Adam Syafiq bin Azuden
  • Hasan bin Haslussalam
  • Pang Zheng Bin


Thursday, July 1, 2010

Lawatan SMK Pekula Jaya, Kedah

Pada 1 Julai 2010, SMK Derma telah menerima lawatan dari guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Pekula Jaya.
Antara tujuan lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan idea tentang pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Seramai 36 orang pelajar dan 3 orang guru menyertai lawatan tersebut.

Saturday, June 26, 2010

Lawatan dari Benalla College, Australia

SMK Derma amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan 10 orang pelajar dan 2 orang guru dari Benalla College, Australia. Mereka akan berada di sekolah ini selama 5 hari (25-29 June 2010). Sepanjang tempoh itu mereka ditempatkan bersama-sama keluarga angkat masing-masing yang terdiri daripada keluarga pelajar-pelajar SMK Derma sendiri. Kunjungan ini adalah rentetan daripada lawatan guru mereka Miss Kelly tahun lepas. Diharap dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan meninggalkan kenangan manis kepada mereka dan juga warga SMK Derma.


Rombongan dari Benalla College disambut di Lapangan Terbang Sultan Abd Halim, Alor Setar


Menaiki bas  menuju ke SMK Derma

Pelajar dan guru bersedia untuk menyambut ketibaan mereka


Rombongan disambut oleh Pengetua dan PK Pentadbiran



Pengetua bersama Miss Kelly dan Mr Daniel (2 guru pengiring)




Jamuan ringan dan taklimat ringkas

(gambar-gambar kredit kepada Cikgu Dahasry : http://dahasry.blogspot.com)

Wednesday, May 19, 2010

Form 1 Literature Camp 2010

OBJEKTIF  
- Memperkukuh kemahiran bahasa.
- Memupuk minat membaca.
- Mempertingkat apresiasi sastera.
- Mendedahkan pelajar kepada pelbagai genre bahan bacaan.
- Membentuk pelajar yang bermoral tinggi.

JADUAL

17 April 2010 (Sabtu)

7.00 – 8.00 pagi : Pendaftaran
8.00 – 10.00 pagi : Slot 1 (The River-Puan Ismariza Ismail)
10.00 – 10.30 pagi : Kudapan
10.30 – 12.30 tgh : Slot 2 (Mr Nobody-Puan Saniah Abdul Rani)
12.30 – 2.00 petang : Makan tengahari
2.00 – 4.00 petang : Slot 3 (Flipping Fantastic-Puan Noorazalia Izha Haron)
4.00 – 4.30 petang : Kudapan
4.30 – 6.30 petang : Slot 4 (Black Beauty-Encik Saiful Munir Bidin)

REFLEKSI/IMPAK KESELURUHAN

- Para peserta menunjukkan minat yang menggalakkan terhadap pendedahan yang diberikan dengan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktivti yang dijalankan.

- Beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan akibat masalah teknikal yang dihadapi di dalam dewan. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat ditangani dengan baik oleh guru-guru yang hadir dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari para peserta.

- Para guru menunjukkan komitmen yang amat baik dengan turut sama menghadiri kem ini untuk membantu perjalanan program.

- Makanan dan minuman yang disediakan amat memuaskan.

Disediakan oleh,
Teacher Azalia






Monday, April 26, 2010

KARNIVAL KOKURIKULUM 2010

KARNIVAL KOKURIKULUM
SMK DERMA 2010



PENDAHULUAN

Program ini dirangka dan dijalankan oleh Jawatankuasa Majlis Kokurikulum bagi meningkatkan kreativiti pelajar, pendedahan mengenai persekitaran dan dalam masa yang sama mempunyai motivasi dalaman yang tinggi. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan perlaksanaannya menjurus ke arah meningkatkan kreativiti dan ketahanan diri di kalangan pelajar.


OBJEKTIF

Pelajar-pelajar dipilih menghadiri aktiviti Hari Kokurikulum supaya mereka:

- dapat meningkatkan kemahiran dan daya tahan dari segi mental, fizikal dan jasmani

- dapat memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum

- meningkatkan keyakinan dan menunjukkan kreativiti dalam menyuarakan pandangan

- dapat meningkatkan keyakinan serta jati diri sebagai salah seorang anggota masyarakat


MATLAMAT

Selepas kursus nanti, pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan dapat meningkatkan komitmen terhadap Persatuan/Kelab dan pasukan beruniform yang disertai di sekolah. Dalam masa yang sama, memantapkan proses pembentukan sahsiah dan peribadi pelajar dalam menghadapi cabaran globalisasi.


KUMPULAN SASARAN

140 pelajar yang merupakan wakil dari semua Badan Beruniform. Kelab/Persatuan dan sukan/permainan.


TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

23 – 25 April 2010


TEMPAT

Kawasan SMK Derma

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis


KAEDAH PELAKSANAAN

Perkhemahan






Night Journey




 Wall Climbing


  Pertolongan Cemas



Camp fire/Spell It Right (SIR)





 Kuliah maghrib

 Sukaneka / permainan tradisional

Bowling Padang

 Masakan tanpa api

Campfire

Kraftangan bahan terbuang

PENUTUP


Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam semua peserta untuk membantu meningkatkan lagi keberkesanan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.